Sunday 24 January 2016

Lepak Pagi Hari

,
Ku renung diawan,
Terbayang pemimpin kita,
Bilakah kita akan jadi hartawan,
Sudah lanjut usia masih ditakuk itu juga.
.
Ku meraba-raba dimalam kelam,
Mencari ilham untuk jaya,
Apakah kita masih seram,
Mencari karun untuk jadi kaya.
.
Pagi ini jantung ku berdebar,
Mungkin ada yang panggil nama ku,
Apakah kita sudah tidak sabar,
Mengesa YB mengikut tekunjut beliau.
.
Masa terlalu singkat,
Mari bersama tunggu hari PRU,
Demokerasi pilihan hari tepat,
Agar undi rakyat jadi penentu.
.
Kedah subur tanah nya biru,
Padi menguning lautan emas,
Biarlah rakyat jadi penentu,
Agar rakyat jelata tidak rimas.
.
Itu dia hidangan pulut ikan kering,
sungguh lazat dimakan,
apakah rakyat sudah kurus kering,
menanti juadah untuk ditelan.
.
Bangun pagi hari ini,
Melihat langit cerah,
Apakah gerangan nak jumpa kami,
Ada perkara nak bincang kah.
,
Pagi ini sugguh tenang,
Bolehlah kita pergi melepak,
Apakah ada masa senang,
Kita minum sampai tersedak-sedak.
.
Hari ini ramai kilat kepala botak,
Bayar niat bagi mereka,
Itulah tanda bukan mamak,
Marilah kita jaga minum makan kita.

,
Following Twitter,
[] https://twitter.com/etiqaknajid2/status/691441733914091521 




.

No comments:

Post a Comment